Tuesday, June 17, 2008

Wacana Ilmu 2008

Semalam, fakulti saya (di bawah anjuran Department of Urban and Regional Planning) menganjurkan Wacana Ilmu berkaitan dengan Perancangan Bandar dari Perspektif Islam. Salah seorang daripada pembentangnya ialah Dr. Mohd. Asri bin Zainul Abidin (Mufti Negeri Perlis). Saya tertarik dengan hadis-hadis yang dibaca dan dikupasnya berkaitan dengan penjagaan alam sekitar:

Sabda Nabi S.A.W: "Sesiapa yang memotong pokok bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka" (riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh Al-Albani).

Amaran dan doa Nabi S.A.W. agar Allah mengambil tindakan kepada pemotong atau penebang pokok bidara kerana kerimbunan pokok tersebut menjadi tempat berteduh manusia dan haiwan. Maka perbuatan memusnahkannya tanpa sebab adalah suatu pengkhianatan terhadap manusia dan haiwan. Maka hukumannya adalah neraka.

Saturday, June 14, 2008

KAED's Recycling Collection Day


13 Jun 2008 merupakan program pertama Green Team, iaitu KAED's Recycling Collection Day. Alhamdulillah, mendapat respon yang baik daripada pengurusan fakulti, pensyarah, staf sokongan, pelajar malah makcik-makcik cleaner.

Thursday, June 12, 2008

Aktiviti Green Team

Alhamdulillah, dengan bantuan pelajar-pelajar yang diketuai Kim, dan juga sahabat-sahabat yang membantu, Green Team berjaya ditubuhkan di fakulti saya. Aktiviti pertama telah dijalankan 3 minggu yang lepas dengan terlaksananya Green Talk Series no. 1 oleh Don and Mylene. Aktiviti kedua, esok 13 Jun 2008, Recycling Collection Day, di mana semua ahli fakulti, termasuk pelajar, staff akademik dan bukan akademik mengemas bilik dan meja masing-masing, dan seterusnya mengumpul bahan-bahan untuk dikitar semula. Aktiviti Recycyling Collection Day akan menjadi agenda bulanan fakulti, Insya Allah.

Tentunya banyak lagi idea-idea yang bersarang di kepala untuk dilaksanakan kelak!!

Monday, June 9, 2008

Terdiam seketika

Lama tidak mengemaskini laman ini. Agak sibuk di alam nyata. Pagi tadi ke KLIA. Mesyuarat Master Plan Lapangan Terbang Malaysia. Terlibat dengan projek ini sejak 6 bulan yang lalu. Tugas saya untuk mengaudit keadaan pengurusan sampah di lapangan-lapangan terbang kita, dan seterusnya mencadangkan penambahbaikkan.

Petang pula ada temujanji dengan pelajar - menubuhkan kumpulan hijau (Green Team) untuk fakulti saya. Banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan program kitar semula berjaya. Bukan sekadar kata-kata retorik, malah seharusnya terus diamalkan.