Monday, April 7, 2008

Hutan Simpan Kekal Gombak

Sejak menggemari dunia fotografi, saya sentiasa berkepit dengan Canon 350D. Ke mana-mana sahaja. Dan tentunya makro shot adalah kegemaran saya. Flora dan fauna adalah sasaran. Seminggu dua ini sibuk mengambil gambar di sekitar kawasan tinggal dan kerja saya - Gombak.

Pada Ahad yang lalu, ke Hutan Simpan Kekal Gombak, jalan lama ke Bentong. Hutan ini diselenggara rapi oleh Universiti Malaya. Insya Allah, akan saya kongsikan semua foto itu di dalam album foto saya. Sebuah buku juga sedang dirancang untuk tujuan penerbitan dan dokumentasi.

No comments: