Monday, December 10, 2007

Green and Healthy Buildings for the Healthcare Industry

Sedang membaca satu artikel bertajuk Green and Healthy Buildings for the Healthcare Industry yang ditulis oleh Gail Vittori. Ini adalah sebahagian daripada kajian dan projek konsultansi saya dengan Kementerian Kesihatan untuk membina sebuah hospital di Shah Alam yang bersifat hijau (green).

Mengikut kajian yang dikeluarkan oleh U.S. Environmental Protection Agency (EPA), mendapati bahawa bangunan dan bahan-bahan binaan yang membinanya merupakan antara 5 punca kepada masalah kesihatan manusia yang mendudukinya.

Ini adalah kerana kebanyakkan semua bangunan di dunia ini menggunakan bahan-bahan binaan yang tidak mengendahkan alam dan kesihatan. Misalnya bahan-bahan PVC, merupakan bahan yang banyak mengeluarkan dioxin yang memerbahayakan kesihatan manusia dan alam.

Oleh kerana itulah, saya dan pasukan di universiti sedang bertungkus-lumus memastikan projek ini berjaya. Dan sekiranya ia berjaya, tentunya hospital ini akan menjadi satu tanda aras kepada pembinaan bangunan yang lebih bersifat mesra alam dan mesra kesihatan.

1 comment:

diary, fara said...

Salam,
Saya tak pasti blog ini masih aktif ataupun tidak.
Saya ada buat satu asgmt tentang Green Material Construction. Boleh tak dengan bantuan encik, saya dapat maklumat penggunaan bahan binaan ini terutamanya di malaysia.
Thanks...