Tertarik mengenai akta ini, apabila pihak berkuasa akan menguatkuasakan perintah untuk mengasing-asingkan sampah mengikut jenis. Bagi mereka yang engkar, akan dikenakan denda.
Saya di rumah dan di pejabat, sememangnya telah mengamalkan pengasingan sampah


Saya cuba menyakinkan beberapa pelanggan saya untuk mengamalkan pengasingan sampah ini di dalam organisasi mereka. Namun begitu, selalunya jawapan yang didapati ialah tugas-tugas ini telah diberikan kepada kontraktor-kontraktor sampah. Sejauh mana mereka ini pula mengamalkannya, memang terbukti tidak pernah mengamalkannya. Kerana faktor kos. Yang tentunya kos akan bertambah apabila mereka terpaksa menyediakan pelbagai jenis tong yang berasingan, dan pastinya lori-lori yang berlainan.
No comments:
Post a Comment