
Suasana redup yang diinginkan itu, tidak seharusnya tercapai dengan membina bangunan-bangunan khas untuk parking. Ia kadang-kala menimbulkan banyak masalah lagi berbanding dengan kebaikan.
Saya berpendapat, bersesuaian dengan Agenda 21, kita perlu menanam lebih banyak pokok lagi di kawasan letak kereta. Dan pokok-pokok yang ditanam perlulah bersesuaian. Kerana tidak semua pokok itu pula mendatangkan kebaikan. Apatah lagi ketika hujan yang akan mengundang bencana seperti dahan atau ranting pokok yang jatuh dan menjahanamkan kereta yang diletakkan di bawahnya.
No comments:
Post a Comment