Saturday, November 10, 2007

Selamat Datang

Salam persahabatan. Catatan Kembara Jalanan (CKJ) adalah blog saya yang kedua. Berbeza dengan Kembara Pencinta Buku (KPB), CKJ akan lebih terfokus kepada catatan saya sebagai seorang rakyat yang akan melihat dan meninjau segala aspek pengurusan fasiliti negara.

Saya telah mendapat pendidikan di dalam jurusan pengurusan fasiliti (Facilities Management), maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Menerusi catatan ini, saya akan cuba mempermudahkan teori-teori yang dipelajari.

Beberapa kajian kes akan dicatat. Ia adalah sebahagian daripada catatan pengembaraan ini. Berbeza dengan KPB yang lebih terfokus kepada pengembaraan saya di alam buku, CKJ juga akan menemukan saya dan anda, pembaca budiman dengan kumpulan-kumpulan yang mendambakan diri mereka kepada pengurusan fasiliti.

Oleh kerana saya juga mengajar subjek Facilities Management di universiti, maka ruang ini adalah amat sesuai untuk digunakan oleh pelajar-pelajar saya, juga kepada mereka yang ingin berkongsi pendapat, pandangan dan pengalaman. Insya Allah, semuanya ini amat berharga kepada saya sebagai seorang pengembara jalanan.

No comments: